ad ld

Thursday, October 7, 2010

Kematian Tragis : Bayi 4 Hari Mati Jatuh Dari Bumbung Dilarikan Monyet

SEREMBAN 6 Sept: Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di dalam rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah. Dalam proses serangan itu dilakukan, monyet liar itu juga dipercayai mengheret atau mengangkat keluar bayi berkenaan ke laman rumah berkenaan dan kemudian membiarkannya di situ. Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit haiwan itu. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1 petang tadi. 

Datuk bayi itu, A. Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumah. Katanya, sewaktu kejadian, dia berada di dapur manakala menantunya B. Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air. "Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dia dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.

"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan. Jiran saya kemudian membawa cucu saya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban tetapi cucu saya telah meninggal dunia," kata Valayutham. Dia berkata, monyet liar itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu depan sebelum ke ruang tamu dan menyerang cucunya.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Ishak Muhamad mengesahkan monyet yang menyerang bayi tersebut telah berjaya ditembak oleh kakitangan jabatan itu di tempat kejadian. Beliau berkata, monyet itu menyerang bayi berkenaan kerana menyangka ia adalah makanan. “Itu yang kita suspek...monyet berkenaan mencuri masuk ke rumah berkenaan untuk mencari makanan dan dia menyangka bayi itu adalah sejenis makanan lalu membawanya lari,” katanya kepada The Star. Menurut beliau, monyet itu ditembak mati pada lebih kurang jam 4 petang menggunakan rifel oleh renjer Perhilitan. 
Ishak juga mengesahkan bahawa bayi tersebut telah dilarikan dari dalam rumah oleh monyet berkenaan lalu membawanya ke atas bumbung rumah itu. “Bayi itu mati akibat terjatuh dari atas bumbung selepas ia dilepaskan oleh monyet yang melarikannya mungkin selepas terkejut mendengar jeritan mereka yang berada di dalam rumah,” kata Ishak. 
Beliau juga berkata, kes ini adalah yang pertama seumpamanya di negeri berkenaan dan menambah kehadiran monyet jantan itu mungkin kerana tertarik kepada seekor monyet betina yang dibela sebagai binatang peliharaan oleh keluarga berkenaan. "Kejadian ini adalah sangat luar biasa kerana biasanya monyet hanya mencuri makanan dari atas pokok atau dari rumah yang dibiarkan terbuka,” tambahnya. - mstar

9 comments:

Lelord said...

aduhaiiii siannya

yatie chomeyl said...

sie nyo ko baby tu

Madam Amie said...

huwaaaaa takutnyerrr! bahayanyaaa!

sarah-najwan said...

eeeee..mmg takut monyet2 ni..kalu nak tahu..kws umah saya pom bykkkkk minatang ni..bongkar2 tong sampah...saya penah buat n3 psl monyet2 ni kat blog saya...siyes..takut..

ainzuryn said...

sian tul baby tu...tembak jer monyet liar tuu...

eB ezrin said...

speechless. dh la byk kera kt bukit naga nih.. hu3

Ena said...

kesiannya... sampai camtu sekali...
nauzubillah..

BIONIC WOMEN said...

sangat sadis...boleh label sebagai kecuaian jugak kan??..macam2 la

ajai05 said...

kesian,....kalau dah takdir, kiata xdapat elak..tapi, at least kita boleh berhati2