ad ld

Wednesday, January 22, 2014

Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)

Pelakon Shazleen Shahbi menimba pengetahuan menerusi Internet dan daripada orang berpengalaman bagi menguruskan anak kembar yang dilahirkan pada Isnin lalu. Shazleen, 40, berkata, dia bersyukur kerana ramai yang prihatin dan memberikan petua serta teknik penjagaan terbaik bagi penjagaan bayi kembar.


"Penjagaan anak kembar agak berbeza dan saya banyak mencari info menerusi Internet mengenai pemakanan untuk mereka dan bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman tentang cara menjaga dan menyusukan mereka," katanya. Shazleen melahirkan sepasang bayi kembar kira-kira pukul 9 pagi Isnin lalu di Pusat Perubatan Gleneagles Intan.

Shazleen mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Badrul Hisham Md Isa, pada tahun 2002 dan turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Alham Akhyar, 11, Putri Dulillah, 7, dan Putri Doa, 3 tahun. Dalam pada itu, Shazleen berkata, dia tidak mahu terlalu teruja dengan persiapan menyambut kelahiran bayi kembar bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

Kata orang jangan terlalu suka atau terlalu beria-ria, sebab saya tahu bukan semua orang suka dengan rezeki yang kita dapat. "Sudah tentu ada yang dengki atau iri hati, jadi saya lebih suka tidak terlalu menunjuk-nunjuk tentang perasaan gembira itu," ujar yang masih belum menamakan bayinya itu.

--  Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Majlis Resepsi Syamsul Dan Puteri Sarah Serta Syafiq Serentak
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)

No comments: