Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca
sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun
Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai
timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana
tiupan angin tersebut.
Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu,
Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah
25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting
Highlands. Pada Khamis, Kuala Krai merekodkan bacaan suhu serendah 17.2 darjah Celsius.
Bermula 1 hingga 2 Januari lalu, bacaan suhu terendah direkodkan
adalah 21 darjah Celsius di Kuantan, 22.1 darjah Celsius di Kota
Kinabalu, 23.6 darjah Celsius di Petaling Jaya, 23 darjah Celsius di
Kota Baru dan 22 darjah Celsius di Kuching. Alor Setar dan Chuping di Perlis masing-masing merekodkan suhu dingin serendah 22.4 darjah Celsius dan 23.3 darjah Celsius.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari
menafikan dakwaan bahawa perubahan cuaca sejuk itu disebabkan kurangnya
aktiviti di matahari atau dikenali sebagai fenomena 'sleeping sun'. "Berdasarkan rekod, Januari merupakan bulan paling dingin," katanya. Menurut Alui, penurunan suhu itu adalah disebabkan tempias cuaca
sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin Monsun Timur
Laut dan ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku.
"Suhu akan turun dan naik dari semasa ke semasa. Bacaan terendah adalah kejadian biasa dan banyak kali berlaku ketika musim ini. "Angin monsun yang bertiup laju itu membawa kedinginan dari China, yang sedang dilanda musim sejuk pada ketika ini. "Malah, cuaca baik dan kekurangan kepulan awan di Malaysia pada
minggu ini membantu penurunan suhu pada sebelah pagi dan malam," katanya. mstar
-- Minyak RON95 Akan Dihadkan Untuk Rakyat Miskin Sahaja
-- Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Sultan Johor Letak No Plat RM748 Ribu W1N Di Proton Suprima S (Gambar)
No comments:
Post a Comment