Mi segera memang salah satu makanan yang
digemari rakyat Malaysia. Tiga tahun yang lalu, Malaysia menjadi tuan
rumah kepada '7th World Instant Noodle Summit' dan baru-baru ini, mi
segera Pulau Pinang MyKuali White Curry Noodle menjadi kegilaan orang
ramai.
Tetapi, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan mi segera boleh
menyebabkan anda mati akibat kanser dan juga mati dalam tidur akibat
masalah penghadaman (bangungot dalam bahasa Filipina)! Inilah antara
'berita' yang dikongsi di laman sosial Facebook ataupun melalui emel.
Jadi, benar ke tidak yang mi segera mengandungi selaput lilin? Menurut Snopes.com, laman web yang khas menyiasat desas-desus mengenai
sesuatu ataupun 'debunk myths' mengatakan bahawa selaput lilin tidak
wujud di dalam mi segera ataupun cawan plastik yang digunakan. Selaput
yang timbul selepas direndam dengan air mendidih merupakan kanji. Selain itu, jika selaput lilin wujud dalam mi segera, ia tidak akan mengakibatkan kematian.
Kenapa? Setelah makanan memasuki perut manusia, ia akan dicerna dan
serta dihadam oleh perut kita. Masalah kesihatan mungkin timbul akibat
kandungan selaput lilin yang banyak jika seseorang itu mempunyai masalah
kesihatan atau seorang bayi. Namun begitu, mi segera masih mengandungi MSG (Monosodium glutamate)
yang tidak elok untuk kesihatan anda. Oleh itu, jangan pula makan mi
segera tiap-tiap hari.
-- Johnny's Steamboat Cheras Memang Sedap
-- Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang
-- Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment