Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi
persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada
Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah. Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan
dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.
"Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis
sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun
cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir. “Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” katanya.
Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung
Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan
kemudian. Sementara itu, bercakap tentang bakal menantunya, Yusof berkata
kedua-duanya adalah berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan
berpendidikan tinggi.
"Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus.
Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah
menjadi lebih baik. "Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan
agama yang tinggi, bagus juga untuk dia, saya hanya doa yang terbaik,"
katanya.
Walaupun sentiasa berasa bimbang melepaskan anak-anaknya untuk
membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik. "Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata
bimbang itu ada juga, tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri
tidak semua indah sahaja. "Apa yang penting mereka akan berubah menjadi orang yang lebih baik," katanya.
Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah
berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di
Taman Melawati. Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara. mstar
-- Kassim Masdor Meninggal Dunia (Gambar)
-- Pencetus Ummah Akhir Pak Nil Dipertikai Sebagai Juri (Gambar)
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
1 comment:
semoga majlis berjalan dengan lancar.. :) cantek puteri sarah ni..
Post a Comment