Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera
anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak
perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik
Kasuma, Semenyih, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu
ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu
kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu. Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang
dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun
lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,
Selasa. Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. mstar
Suka hati dia je kan buat budak camtu. Mungkin bila kena kat dia sendiri baru tau kot.
-- Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
-- Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
1 comment:
huh...dah gila ke apa? memang kan..try buat kat dia baru tau...
Post a Comment