Guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan
merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya
seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah
lain. Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana
bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja
sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil
siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan
memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan. Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.
"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah
yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya
dalam kenyataan Ahad. Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan
merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi
bimbingan berterusan.
Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu,
guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka
gagal menyiapkan kerja sekolah. Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua
murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam. Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling
kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke
sekolah esok. mstar
-- Cuaca Sejuk Melanda Malaysia, Kota Bharu Kuantan Menyamai Suhu Cameron Highlands
-- Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
-- Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
1 comment:
tu la.. sebelum buat kena la fikir dulu.. terlajak perahu boleh di undur.. terlajak perbuatan, itu lah padahnya..
Post a Comment