Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu. Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu. Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan. Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraiaan anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah. Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.
Kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003. Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.
-- Budak Perempuan Separuh Bogel Mati Dibunuh Di Terengganu, Polis Cari Penyebar Gambar
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
No comments:
Post a Comment