ad ld

Thursday, January 23, 2014

Didie Alias Mengandung 3 Bulan Anak Ke 6 Di Usia 41 Tahun (Gambar)

Didie Alias mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Daniel, 19, menangis apabila mendapat tahu dia sedang mengandung tiga bulan. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali, 41, berkata, anaknya itu terlalu gembira kerana tidak menyangka akan mendapat seorang lagi adik.


"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan meletakkan tangannya di perut saya. "Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," katanya.

Didie ditemui pada majlis pengumuman 'Top 5' Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) di Hotel Royale Chulan. Pelakon itu turut dicalonkan menerusi kategori Artis Komedi Wanita Popular pada acara yang bakal berlangsung pada 6 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Didie berkata, Daniel berharap dia akan mendapat anak lelaki sebagai temannya pada masa hadapan. Jelas Didie, dia tidak kisah tentang jantina anak tetapi mengharapkan kandungannya selamat tanpa sebarang masalah. "Pada usia saya sekarang risikonya banyak dan saya perlu lebih berhati-hati agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Didie dan suaminya, Norisham Ismail berkahwin pada Mei 2009. Pelakon sejak era 80-an itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima orang hasil perkahwinan itu.

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Majlis Resepsi Syamsul Dan Puteri Sarah Serta Syafiq Serentak

1 comment:

JaSSNaNi said...

ooooo... tahniah buat didie alias la.. :) umur tak menghalang.. janji sihat.. :) rezeki allah nak bagi.. :) sonoknye nak timang baby kan..