Wednesday, January 8, 2014

Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang

Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu. Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selasa. Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. mstar

Suka hati dia je kan buat budak camtu. Mungkin bila kena kat dia sendiri baru tau kot.

--  Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar) 
--  Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar) 

1 comment:

  1. huh...dah gila ke apa? memang kan..try buat kat dia baru tau...

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!