IPOH - Seorang guru melecur teruk di kepala apabila disambar api kesan letupan bahan api berbentuk gel yang dinyalakan di bawah sebuah bekas dulang berisi lauk-pauk pada Jumaat lalu.
Berikutan kejadian pada majlis makan malam tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf, Batu Gajah dekat sini pada kira-kira 8.30 malam itu, Ainon Mardhiah Elias, 39, melecur di bahagian dahi, rambutnya sedikit terbakar dan mata serta pipinya bengkak.
Ainon Mardhiah yang juga warden sekolah terbabit memberitahu, semasa kejadian, dia dan seorang guru, Nur Haliza Zainal Abidin sedang memanaskan hidangan untuk majlis yang diadakan di dewan sekolah tersebut. Majlis makan malam itu dihadiri kira-kira 250 orang merangkumi pelajar, guru dan ahli keluarga masing-masing.
Cerita Ainon Mardhiah, pada mulanya Nur Haliza memasukkan bahan api berupa gel yang diletakkan di dalam bekas khas di bawah sebuah dulang manakala dia menyalakan api dengan mancis. "Tiba-tiba berlaku letupan kuat hingga botol berisi bahan api gel itu terpelanting hampir lima meter ke atas pentas dewan. - kosmo
3 comments:
Ya Allah..
takutnya...
kejadian yg tak diduga kan..
kesiannya....gel ape tu eh??
Saya guru yang dimaksudkan...gel tu digunakan untuk memanaskan makanan dalam tray steel catering ketika jamuan akhir tahun pelajar asrama saya. Saya lakukan apa yang diberitahu penjual cara penggunaannya. tp malang tetap berlaku dan hasilnya wajah saya berubah sekelip mati. Tapi saya amat bersyukur kerana anak2 asrama saya tak kena kerana saya amat syg mereka.
Post a Comment