ad ld

Sunday, November 7, 2010

Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong (Gambar)

Adik Sultan Brunei cuba menahan gambar patung erotik bersaiz sebenar, yang menunjukkan dirinya melakukan hubungan seks, ditunjukkan di mahkamah dalam satu kes saman terhadap bekas penasihat guamannya.


Putera Jefri Bolkiah, 55, adik bongsu Sultan Hassanal Bolkiah, merayu hakim di Manhattan bahawa gambar empat patung itu tidak sepatutnya ditunjukkan kepada juri yang akan memutuskan kes. Gambar patung lucah berharga hampir AS$1 juta (RM3.08 juta) menggambarkan dirinya dalam pelbagai aksi seksual dengan tunangnya, Micha Raines, diletakkan di kediamannya di Sunninghill, Long Island, New York.

Jefri juga mahu juri tidak diberitahu bahawa dia ada beberapa isteri dan wanita simpanan kerana ‘ramai warga Amerika memandang serong amalan poligami.’ Pembuat patung, J Seward Johnson Jr mengakui beliau tidak menyedari tempahan itu datangnya daripada putera berkenaan. “Patung itu memaparkan secara terperinci kedudukan dalam buku lama Kama Sutra,” kata jurucakapnya kepada The Daily Beast.

Patung itu pernah diletakkan di hartanah putera itu seluas 11.33 hektar di Long Island, New York. Mark Cymrot, peguam seorang defendan dalam saman itu berkata: “Ia membuatkan saya malu. Patung itu benar-benar menunjukkan aksi seks.” Tuntutan saman putera terbabit, berasingan daripada pertikaian perundangan dengan abangnya, menuduh bekas penasihat terbabit gagal menguruskan kekayaannya dan menipunya AS$7 juta (RM21.57 juta) kerana menjual hartanah 23 bilik itu pada harga hanya AS$11 juta (RM33.90 juta).

Peguam pendakwa, Jeff Stewart, berkata dalam dokumen mahkamah bahawa Faith Zaman, yang disaman bersama suaminya Thomas Derbyshire, mendapatkan gambar patung itu ‘untuk memalukan Putera Jefri.’ Mereka turut menuntut perincian kehidupan percintaannya dikecualikan. “Jefri berhak memiliki beberapa isteri dan dibenarkan melakukannya.

Mengikut undang-undang Islam, amalannya sah,” menurut dokumen mahkamah. “Bagaimanapun, poligami dipandang serong ramai warga Amerika dan keterangan perbicaraan mengenai kehidupan peribadi Jefri mungkin satu bentuk prejudis terhadapnya.”

Putera itu memiliki 17 anak dengan tujuh wanita dan dituduh menyimpan gundik. Isu gundik itu kali pertama diperincikan pada 1997 oleh bekas Ratu Amerika, Shannon Marketic yang menyaman putera itu dan sultan kerana menahannya tanpa kerelaan sebagai hamba seks di Brunei dalam istananya yang ada 1,788 bilik.

Dia juga mendakwa ada wanita muda lain digoda sebagai hamba seks selepas megunjungi istana. Selepas tiba di Brunei, katanya, pasport mereka dirampas dan diperiksa kerana penyakit seksual. Tuntutan saman itu, bagaimanapun, ditolak. - bharian

-- (Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah 
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak Dan Qasha Cium Mulut?
-- (Gambar) Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kpd Peguam Britain
-- SULTAN BRUNEI DAN AZRINAZ BERCERAI

7 comments:

Unknown said...

salam,ruginya satu juta wat patung erotik!

Lelord said...

hehehhe macam2

mamaarifakeemaisy said...

huh..macam2 lah org kaya niiih!

Anonymous said...

kalau dah terlebih duit..macam2 hal bole jd..haishhhh!

Zasillah Ariffin said...

pelik pelik...buat rumah kat mekah lagi bagus kalau dah kaya sangat tuh...

Hairun Azmi said...

Bila minyak negara Bruai dah habis barulah diaorang akan insaf kot..

http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh/147705378593103

Kak Mahh said...

Kekayaan bukan hak milik kekal.