KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di sini Khamis malam untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat Khamis malam bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.
"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. - Bernama
1 comment:
Hai..salam cinta pertamaku dari bumi sabah... menarik blog dan berinformasi..
Post a Comment