ad ld

Friday, November 12, 2010

(Gambar) Budak 3 Thn Naik Bas Sorg Diri Nyaris Diculik Warga Asing

Salam.. Uols ada baca tak cer budak 3thn naik bas sorg diri semlm tu? Klu yg blom baca bleh view kt SINI. 
Adik Mohd Amin tu ekceli anak hiperaktif, naik bas dgn sekumpulan remaja. Then dlm bas tu plak ada warga asing yg cuba menghampirinya, seb baik ada insan yg prihatin trus hubungi polis.

KUALA LUMPUR – Tindakan bijak seorang pekerja hotel yang terus menghubungi polis sebaik ternampak sesuatu yang mencurigakan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak hiperaktif, Mohd. Amin Rozi daripada dilarikan seorang lelaki warga asing kelmarin.

MOHD. AMIN (Foto) gembira ketika didukung datuknya, Hashim apabila dipertemukan di IPD Cheras semalam sambil diperhatikan Abd. Rahim.



Sebelum dibawa ke balai polis, Mohd. Amin, 3, yang menaiki bas RapidKL seorang diri sambil memegang botol susu terlebih dahulu telah didampingi oleh lelaki asing berkenaan yang seolah-olah cuba memujuk kanak-kanak itu supaya mengikutnya.

Pekerja hotel berkenaan, Nurasyikin Ruji, 40, memberitahu, ketika itu dia bersama anak perempuannya menaiki bas berkenaan menuju ke ibu negara pada pukul 12 tengah hari. Katanya, apabila tiba di satu perhentian, dia ternampak Mohd. Amin menaiki bas itu bersama sekumpulan remaja. Sebaik naik, kanak-kanak itu tidak duduk bersama remaja berkenaan.

“Saya lihat dia begitu lincah dan sering bertukar tempat duduk. Dia sentiasa bercakap tetapi tidak menangis. “Saya kemudian ternampak seorang lelaki asing berusia dalam lingkungan 30-an duduk di sebelahnya seolah-olah cuba memujuk Mohd. Amin supaya mengikutnya,” cerita Nurasyikin ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini semalam. - kosmo

-- Bahaya btul kan.. Seb baik segalanya selamat, klu x tak tahu la nasib budak tu..