PEKAN 9 Nov. - Entah apa yang merasuk dirinya, seorang pemuda dipercayai menuntut ilmu sesat tergamak menetak sehingga mati ibu kandungnya di kepala menggunakan kapak di rumah mereka di Felda Chini Timur 1 di sini, semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Che Wa Isa, 57, sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya. Che Wa yang mengalami pendarahan serius akibat tetakan itu sehingga terkeluar cebisan otaknya meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pekan di sini.
Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, suami Che Wa dan anak bongsu mereka sedang berada di dalam rumah. Katanya, suspek berusia 23 tahun yang berada di beranda tiba-tiba meluru ke arah ibunya lalu menetak kepala Che Wa dengan kapak pemotong buah sawit.
"Suspek melarikan diri sebelum polis berjaya memberkasnya di sebuah pondok di belakang rumah jirannya, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. "Turut ditemui kapak besi yang digunakan untuk menetak ibunya," katanya di sini hari ini. Menurut Yahaya, hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai telah menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya. "Suspek memberitahu ibunya itu telah lama mati dan hanya tinggal jasad yang dihantui saka dan santau. Dia juga menganggap dirinya umpama toyol," katanya.
Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu didapati positif dadah jenis ganja. Yahaya menambah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan. - Utusan
4 comments:
Astaghfirullahalazim...
Ya Allah..penat lelah seorang ibu mmbesarkan anak, dibunuh pulak ibu dia bile dh besar..hmmmm
Ena: Nauzubillah..
miezaniera: mcm2 skang kan..
Post a Comment