"Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd
Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat
terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 Ahad. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu
Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan
kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum
Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.
"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak
jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir
kemudian keluar untuk menemui orang tersebut. "Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata
kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum
terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena
tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu
kepada pemberita di rumahnya, Ahad.
Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih. Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan
daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau
sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam
pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau
ancaman daripada sesiapa. "Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima
ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.
Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani
menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek
sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari
kebelakangan ini.
Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi
mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang Ahad. Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar
berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun,
gerakan Syiah dan operasi kelab malam. bernama
-- Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
No comments:
Post a Comment