Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri
Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan
untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh
Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa
kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat. Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan
sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan
“perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.
Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan
rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun
keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli
kereta.
Keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia. Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta-kereta ini, pelaksanaan
had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi
undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum
dilangsaikan.
Cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan dari
tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak Barisan Nasional menang
(dengan tipu helah) dalam PRU13. Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, Barisan Nasional menaikkan pula harga minyak. Kini dengan cadangan menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun,
ini akan menindas keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai.
Masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia yang pernah
dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan
pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung. Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100 peratus ke atas kereta-kereta
yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga
dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada
syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di
sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi
berbanding di negara-negara lain. Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais
adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap
kereta yang dibeli juga tidak telus. Akibatnya harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.
Oleh sebab itulah, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan
dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama
merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula
dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu. Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga
tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di
negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca dari tindakan mengambil
untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.
Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan
sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan
harga kereta supaya setanding dengan negara-negara lain bagi model yang
sama. Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta
sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan. Dasar had
jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di
Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain. sinarharian
Apa pendapat uolls? Ada yang terkesan tak? huhu.
-- Budak Hilang Di Villa Nabila Ditemui (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
No comments:
Post a Comment