ad ld

Thursday, November 7, 2013

Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis

Love You Mr Arrogant episod akhir menemui penonton hari ni. Drama slot Akasia TV3 ni bersiaran 26 episod setiap Isnin - Khamis 7-8 mlm menarik perhatian ramai kerana jalan cerita yg best dan lakonan berkesan para pelakon seperti Azlee Khairi, Zara Zya dan Mustapha Kamal. Cerita diolah berdasarkan novel Love You Mr Arrogant Aliesha Kirana.


Episode 23 - Irham dan Zaara pulang ke rumah keluarga Irham. Mereka terkejut mendapat berita yg ibu Irham Pn Sri berada di hospital. Papa Irham telah menceritakan apa yg terjadi setelah Irham 'lari' bersama Zaara. Irham berasa bersalah dan dalam dia menyalahkan dirinya atas apa yg berlaku, Zaara lah menjadi tempat dia bergantung pada saat genting begini. Apabila Pn Sri dibenarkan pulang, Zaara begitu sabar menjaga mentuanya itu walaupun dia akur yg Pn Sri masih benci padanya. Zaara bertemu Safiya sekali lagi dan ini membuatkan Zaara merasakan seperti ada sesuatu diantara Safiya dan suaminya Irham.

Episode 24 - Zaara dengan rela hati dan tabah aje melayan karenah Pn Sri yg seperti sengaja ingin menyakitkan hati Zaara. Sedih Zaara diperlakukan begitu. Tanpa mengalah Zaara telah berjanji dengan ibu mertuanya yg dia akan keluar dari rumah itu sebaik saje mertuanya itu sembuh (itu yg dgn disaksikan kak Siti..) Kata-kata itu seperti memberikan semangat utk Pn Sri pulih dgn cepatnya.
Pada masa yg sama Zaara mendapat berita gembira tapi berita ini tidak disampaikan kepada Irham. Masih teringatkan apa yang telah Hadry ceritakan padanya, Zaara telah membuat keputusan walaupun berat baginya. Zaara menghantar mesej pada Irham untuk bertemu di sebuah restoran.

Irham tahu hari itu adalah hari yg istimewa buat mereka berdua. Dia tidak pernah lupa cuma sengaja dia buat-buat tidak ingat. Segalanya telah dirancang oleh Irham untuk membuat kejutan buat Zaara. Namun Irham pula yg terkejut....bukan isterinya yg muncul tapi Safiya.

Episode 25 - Irham tergamam dan begitu sayu setelah membaca surat yg dititipkan isterinya itu. Dia bertekad untuk mencari Zaara. Sementara itu Pn Sri seperti tidak percaya yg Zaara betul-betul mengotakan janjinya. Dia berasa bersalah dan kecewa sekali dengan perlakuannya terhadap Zaara. Kemanakah perginya Zaara? Sudah seminggu berlalu dan Irham masih tidak ada lagi khabar berita tentang Zaara..ke kampung juga sudah dia pergi untuk mencari Zaara.
Irham rasa kesal kerana layanan ibunya sendiri, Zaara terpaksa berkorban dan pergi dari sisinya. Dek peristiwa ini fikiran Irham terganggu dan dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat.

Episode 26 - Apakah Zaara akan pulang ke pangkuan Irham ? Adakah sesuatu yg akan terjadi pada Zaara ? Bagaimana pula dengan keadaan Irham ? Dapatkah Irham menyelamatkan Zaara ? Dapatkah Mr Arrogant menghapuskan rasa sombongnya sebelum ini demi cintanya pada Zaara ? Adakah kebahagiaan akhirnya milik Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Harap semuanya akan terjawab.

Bagaimana kesudahan citer LYMA ni kan? Layan je..hehe.

-- Pengasuh Pukul Kanak Kanak Di Taska (Video)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

1 comment:

Delimasari said...

sure heppy ending - Hero dtg menyelamatkan Heroin-nye