2 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap
di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di
Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat. Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari
hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah
(Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In
Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku
Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya
(Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku
(Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).
Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan
persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup
(Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan
Jagalah Diri (Jaclyn Victor). Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan
istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee)
dan Waris.
Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang
bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik
sepanjang tahun 2013. Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu
Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku
ketua juri. mstar
-- Jambatan Pulau Pinang Sesak 4 Jam Lori Tong Gas Terbalik (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
No comments:
Post a Comment