Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya
melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di
Kampung Bintang, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan
dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru
sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat
latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam
Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.
“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali
iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa
tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya. Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila
adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik
kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam
bilik. Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.
“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang
berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh
bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain. Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. sinarharian
-- Ajar Seks Di Sekolah Spt Ajar Pencuri Mencuri Dgn Betul?
-- Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
No comments:
Post a Comment