ad ld

Sunday, January 30, 2011

(Gambar) Mayat Bayi Bertali Pusat, Uri Ditemui Dlm Longkang Di Tmn Mekar Ayer Hitam Batu Pahat Johor

Sedih tgk picca ni, mayat bayi masih bertali pusat dan uri ditemui dlm longkang. Kejam giler si pelakunya.. Mmg langsung xde peri kemanusiaan.

BATU PAHAT 29 Jan. – Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut, pagi tadi.

Mayat bayi lelaki itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Tanpa belas kasihan, mayat tanpa seurat benang itu dibiarkan di dalam longkang yang berair tersebut. Polis masih menyiasat sama ada bayi itu telah mati sebelum diletakkan di situ atau meninggal dunia akibat kelemasan mahupun kesejukan. Menurut Hamid, dia terkejut besar melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat. Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi. "Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. utusan

-- Ibu Fasha Sandha: Sejak Dlu Lg Saya Krg Senang Dgn Pilihan Fasha
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Mangsa Mungkin Masih Hidup Ketika Mulut, Hidung Ditekup Pita Pelekat 

4 comments:

LYAfrina said...

sedihnyer :-(

mamaarifakeemaisy said...

taktau nk ckp apa lagi..KEJAM !!!

ieda said...

nanti2 bila nak anak Allah tak bagi baru nak kalut..mmg kejam la mak bapak budak ni.

ieda said...

tunggu roh anak ini mencari si pelaku .. biar padan muke dia .. rasakan ..
akak doakan nieeee erghhhhhhhhhhhh