ad ld

Tuesday, January 18, 2011

(Gambar) Pramugari MAS Ditemui Mati Di Hotel Raddison Amsterdam Belanda

Terkini kes pramugari MAS ditemui mati di Amsterdam. Semlm kuar versi utusan, ni versi kosmo plak.


Kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di Amsterdam, Belanda tiga hari lalu kekal misteri walaupun maklumat terbaru mengatakan kejadian mengejutkan itu tiada kaitan dengan jenayah. Perkembangan terbaru itu dikeluarkan oleh pihak polis Amsterdam berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mereka di lokasi kejadian di tingkat empat Hotel Raddison berhampiran Lapangan Terbang Sciphol Amsterdam.

Ia sekali gus menafikan laporan awal yang mengatakan kematian ibu beranak satu berusia 35 tahun itu disebabkan dia dicampak dari jendela hotel tersebut. Jika kejadian tersebut tidak mempunyai unsur jenayah, kes itu menimbulkan spekulasi baru mengenai cara dan punca kematian mangsa sama ada diserang penyakit jantung atau terjatuh dari tempat tinggi.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu oleh polis Belanda. Bagaimanapun, sehingga semalam, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital menerusi konsulat Malaysia di sana.

“Setakat ini mereka hanya memberitahu kita yang kejadian itu tiada unsur jenayah. Bagaimanapun, jangkaan itu mungkin berubah atau kekal selepas keputusan bedah siasat diketahui esok (hari ini),” katanya. kosmo

-- Klik utk: -- Suami Pramugari MAS Chin Swee Len Percaya Isterinya Mati Krn Sindrom Jet Lag

-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah 
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut

2 comments:

Unknown said...

laaa kenapa la agak nya ya

Ena said...

Misteri sunguh kan!..