ad ld

Sunday, January 16, 2011

(Gambar) Protes Nasi Lemak Ada Logo Halal Bukan JAKIM Di P Pinang

Salam.. Ahad cmni ramai yg makan nasi lemak kot.. Kt Kedah ni plak bleh kata menu wajib la merata kedai ada nasi lemak..Jom lah tgk apa cer..

GEORGE TOWN – Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengadakan demonstrasi sambil memegang bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Pewaris, nasi lemak berharga RM1 itu disediakan oleh pengusaha bukan Islam di Bukit Mertajam tetapi menggunakan khidmat penghantar beragama Islam untuk pasaran sekitar Pulau Pinang.
Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga nasi lemak di sekitar Bayan Baru, Jalan Tengah, Bayan Lepas, Bukit Jambul dan sekitar pusat bandar sejak beberapa minggu lalu mengenai kegiatan pengusaha terbabit.

“Kami tidak kisah kalau pengusaha itu ada sijil halal Jakim tetapi apa yang meragukan ialah mereka menggunakan logo pengiktirafan antarabangsa,’’ katanya selepas demonstrasi selama sejam di hadapan pintu masuk Balai Polis Bayan Baru di sini semalam. kosmo

No comments: