ad ld

Saturday, January 15, 2011

Bayi 18 Bln Patah Tulang Paha Dihempas Bapa Di Kg Datuk Ahmad Said Manjui Perak

Apa nak jd dgn nilai keibubapaan skang ni.. Hri tu ibu tiri yg jahat, semlm plak si ibu dera anak lelaki till patah tulang dkt mata, ni terbaru kes si bapa hempas bayi 18 bulan smp patah tulang paha. Agak2 lah oi klu nk tunjuk garang pun.. Cuba kau msk dlm kandang rimau kt Lost World Tambun tu, tgk hebat ke tidak.. Mangkuk btul..

IPOH, 14 Jan -- Seorang bapa ditahan dipercayai telah mencederakan anak lelakinya berusia 18 bulan di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjui di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada pukul 4 pagi semalam selepas menyerah diri di Balai Polis Jelapang. Mangsa didapati patah tulang peha kanan dikatakan telah dihempas oleh bapanya ke atas tilam di rumah mereka pada Jumaat lepas, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Dzuraidi berkata lelaki itu pulang ke rumah daripada berniaga dan dikatakan berselisih faham dengan isterinya lalu masuk ke dalam bilik dan mencapai tali pinggang dan memukul peha kanan anaknya dan menghempaskan mangsa ke atas katil, katanya.

Mangsa yang mengalami kecederan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh isterinya untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Ibu mangsa yang berusia 38 tahun telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Lelaki berkenaan direman empat hari untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. bharian

2 comments:

amal said...

ish3... mmg dah kena rasuk setan dah ni...

ieda said...

eiii aper lah nak jadi sgn manusia skrg nie .. x daya dah baca berita2 mcm nie huhuhu