ad ld

Friday, January 21, 2011

(Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga

Patah tulang belakang!!!! Tu lah yg sebbkan Norhanani terbaring dkt 2 jam slps batu besar jatuh atas belakangnya masa turun Bukit Broga. Xde sape yg bleh gambarkan sakitnya kecuali org yg penah alaminya sndri kan..

KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan. Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.

Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang. Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu. Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,”katanya.

Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan. “Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang,” katanya. Menurutnya, anaknya kini dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan susulan. hmetro

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) PASKAL TLDM Bebaskan Kapal MT Bunga Laurel, Selamatkan 23 Org Ditawan Lanun Somalia 
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah

5 comments:

Anonymous said...

OPS! inilah namanye malang tak berbau..kat atas tu memang bnyk batu2 besar..nampak je mcm tak bahaya..tp disebaliknya macam2 yg boleh jadi kalau tak hati2..

mamaarifakeemaisy said...

kesian betulla ..huhu..

GREENJADE said...

aduhh ngeri nye ai..bahaye hiking musim2 ujan nih..tanah senang poros

Syida said...

moralnya:dok umah diam2, tak payah mengada nak panjat bukit.hehehehe

Nani Shahimi said...

hye.. im nani.. girl that injured tu la.. ;)
thx for all of your concern.. kadang2 apa yang kita x mntak tu la yang jadi. i had went to the Broga Hills twice and x sangka semua ni akan jadi..
btw, i still waiting for the 2nd appointment nx week.. doakan la ye smg tiada apa2 jd.. tq..