ad ld

Tuesday, January 25, 2011

(Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh

Itu picca real ok. Bukan lakonan semata.. Seb baik budak dpt diselamatkan, xde apa2..

TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun.

Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera. Rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali, berkata dia yang melihat kejadian itu tergamam apabila rakannya itu menjilat darah yang mengalir di tangannya akibat tercedera ketika membaling cermin berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak agresif dengan membuka tudung lalu melemparkan ke bawah sambil kedua-dua kaki memijak lantai koridor seperti mahu terjun. Kejadian terlalu pantas menyebabkan sesi pembelajaran terganggu, malah saya sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, semalam. Menurutnya, dia terpaksa menjauhkan diri kerana bimbang turut diserang histeria selain berdoa semoga terselamat daripada serangan histeria itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bergegas ke tempat kejadian dalam usaha menyelamatkan pelajar terbabit.

Menurutnya, pengurusan SMK Abu Bakar turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini. Katanya, pada masa sama, beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan cuba memujuk mangsa, namun gagal sebelum pelajar terbabit diselamatkan pasukan penyelamat. Beliau berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hohah) untuk menerima rawatan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab, berkata pada masa sama, beberapa pelajar lain turut terkena histeria, tetapi keadaan terkawal dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana pantas mengambil tindakan. hmetro

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko 
-- (Gambar) 3 Remaja Ditemui Mati Ditikam Di Kg Solok Binjai Melaka 

3 comments:

Ginkgo Kewl said...

jalan2.. jupe blog ni... saya ade terbaca kt paper psl budak ni pagi td...
saya jd tak pasti mende ni "buatan" atau budak tu stress...
ye la, masyarakat sekarang kan rmi yg stress.. pastu, malaysian ni mostly unaware ngan mental health... masyarakat kite msh baru bg mental prob ni wlpn penyakit ni da lame bertapak...

Lelord said...

uiks saspennya..tu siap jilat darah tu uwaaa ngeri

mamaarifakeemaisy said...

iiish ngeri giler...!