ad ld

Friday, January 14, 2011

Gelaran Datuk Seri Kepada Dr Khir Toyo Digantung

SHAH ALAM, 13 Jan -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataannya Khamis berkata tindakan penggantungan ke atas darjah kebesaran yang diterima Khir pada tahun 2001 itu dilakukan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Dis tahun lepas.
"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," katanya.

Selain daripada Khir, Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni pada tahun 2002, turut digantung.

Gelaran itu digantung selepas Shamsuddin didakwa di bawah Seksyen 165 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan penggantungan itu akan disemak semula setelah mahkamah membuat keputusan.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Titah penggantungan dikeluarkan oleh Sultan Selangor setelah baginda berunding dengan Dewan diRaja Selangor yang bersidang kali ke-129 pada Selasa lepas.

Sebelum ini, Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10 Jalan Suasa 7/1 L, Seksyen 7 Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah itu diperolehi oleh Khir daripada Ditamas dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 September 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Transaksi itu dilakukan semasa Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semasa itu.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1 Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007, manakala Shamsuddin pula didakwa bersubahat dengan bekas Menteri Besar itu untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan pada masa yang sama, bernama

3 comments:

Ena said...

Buat la apa patut.. :D

mamaarifakeemaisy said...

gantung je eh..ingt tarik balik terus..hehe..sibuk jer..

ieda said...

hermmm tul cakap mamlieyna tuu akak setuju 101% .. erghhhhhhhh tarik balik terussssssssss