ad ld

Sunday, January 9, 2011

(Gambar) Blogger Aduka Taruna Dakwa Dipukul Dpn Masjid Rusila Marang Terengganu

Kuala Terengganu – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya
itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.

Bagaimanapun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis. kosmo

1 comment:

LYaFRINA said...

ada lagi kontroversi dia..