ad ld

Monday, January 26, 2015

Nurul Dan Anak Ketiga Bernama Raphael Depp (Gambar)

Mengambil keberkatan hari Jumaat, penyanyi Nurul Depp telah mendedahkan wajah dan nama anak ketiganya yang dinamakan Raphael Depp atau singkatannya Raffa.


Menyedari pemilihan nama anaknya bakal menjadi perbualan ramai netizen di negara ini, Nurul turut menjelaskan maksud disebalik nama yang dipilih menerusi 'entry' sama yang dimuatkan di dalam blognya.

"Aku tahu ramai yang akan ‘berbunyi’ bila tahu nama ini. Aku ada sebab yang tersendiri untuk memilih ejaan sedemikian. Hanya ejaan… Maksudnya seperti di bawah yang dicari melalui Google oleh adik aku Wahida dan juga teman baik aku dan Eric iaitu Yus Alighor," tulisnya dengan disertakan sekali 'prinscreen' erti nama anaknya yang diperolehi menerusi Wikipedia.


Dalam pada itu, Nurul juga sempat berkongsi pengalaman anak keduanya, Zachary yang gembira dengan kehadiran adik baru ini.

"Zachary pula sebagai abang baru kepada adiknya, bukan main sayang adiknya. Namun kali pertama, dia agak pelik. Seakan bertanya kepada kami, siapa dan apakah ini – melalui pandangan matanya. Kali pertama melihatkan adiknya yang diberi susu badan, dikatanya ‘no..no..no…’ Sangkaan Zach, adiknya mahu makan aku!". Raffa telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang 15 Januari lalu dengan berat 2.48 kilogram dan dilahirkan secara pembedahan. mediahiburan

-- Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)
-- Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
-- Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: