ad ld

Thursday, January 22, 2015

Caliph Buskers Romancinta AJL 29 Terus Jadi Sebutan (Gambar)

Sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) berlalu, namun nyanyian lunak pemuzik jalanan, Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta masih menjadi sebutan.


Twitter memperlihatkan ramai yang masih berkongsi rasa kagum terhadap kekuatan vokal vokalis kumpulan orang kurang upaya (OKU) itu.

"Dengar Romancinta versi #CaliphBuskers ni banyak kali pun, meremang bulu roma macam tu jugak. Fuhh," tulis @niaruzehcboya. #CaliphBuskers menjadi trending di laman sosial itu sejak Ahad lalu. Bukan hanya ramai yang memuji kehebatan vokal Azmi atau Khairul Azmi Mohd Saat, 28, malah menyifatkan persembahan itu yang paling menyentuh hati.

"Mojo feat #CaliphBuskers memang paling diingati," ujar @edjunaidi pula. "Apabila #CaliphBuskers buat persembahan aku mesti jadi macam ni (naik bulu roma)," tulis @EryDerly92 di laman mikro Twitternya.

Selain Twitter, Facebook dan laman YouTube juga menyaksikan lagu nyanyian Caliph Buskers mendapat tontonan ramai. Gandingan Mojo dan Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta dinobatkan persembahan terbaik pada AJL29, malam Ahad lalu. mediahiburan

-- Alyah Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah (Gambar)
-- Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
-- Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)


No comments: