ad ld

Thursday, January 29, 2015

Lisa Surihani Disahkan Mengandung Anak Pertama (Gambar)

Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya Lisa Surihani kini hamil. Bagaimanapun ujar pengarah Cicakman 3 ini, mereka enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.


"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut. "Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

"Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur. Yusry turut menafikan sengaja merahsiakan perkara ini kerana terlibat dengan kontrak penyiaran bersama Astro mengenai pengumuman kehamilan Lisa. "Pasal kontrak itu semua hanya spekulasi. Kami tidak terikat dengan sesiapa," katanya.

Sementara itu Lisa menambah, dia pada mulanya berasa serba salah untuk berkongsi mengenai berita kehamilannya, namun bersetuju untuk memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini. "Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium," ujarnya sambil tersenyum. Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012. mediahiburan

--  Nursuhaila Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 7 Hari
--  Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Di Rumah Terbuka Aidilfitri KRU Studios

No comments: