Mengambil keberkatan hari Jumaat, penyanyi Nurul Depp telah
mendedahkan wajah dan nama anak ketiganya yang dinamakan Raphael Depp
atau singkatannya Raffa.
Menyedari pemilihan nama anaknya bakal menjadi perbualan ramai netizen
di negara ini, Nurul turut menjelaskan maksud disebalik nama yang
dipilih menerusi 'entry' sama yang dimuatkan di dalam blognya.