ad ld

Saturday, January 10, 2015

Tun Abdul Rahman Yakub Meninggal Dunia Bekas Yang di Pertua Negeri (Gambar)

Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia pada usia 87 tahun.


Menantu lelakinya, Datuk Justine Jinggut, berkata ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu-cucu berada di samping beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah kira-kira pukul 9.35 malam.

Rahman, yang merupakan seorang peguam terlatih menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ketiga dari 1970 sehingga 1981. Sebelum itu, Allahyarham merupakan Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960-an dan selama setahun sebagai Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Persekutuan sebelum kembali ke kerajaan negeri pada 1970.

Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan digantikan oleh anak saudara lelakinya, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini dilantik Yang di-Pertua Negeri pada 2 April tahun lalu. Allahyarham berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri selama empat tahun sehingga 2 April 1985 apabila mengundurkan diri atas faktor kesihatan.

--  Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak (Gambar)
--  Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
--  (Gambar) Majlis Hari Jadi Umie Aida Ke 38 Di Restoran Tony Romas Bukit Kiara KL
--  (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments: