ad ld

Monday, January 26, 2015

Jenazah Tengku Intan Zaharah Bekas Raja Permaisuri Agong Selamat Dikebumikan (Gambar)

Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur pada Ahad.


Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda. Turut hadir kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda serta anggota Majlis Mesyuarat Negeri.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 10.15 pagi Ahad dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.

Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud serta kerabat diraja lain. Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, yang merupakan Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pukul 3.26 petang Sabtu. mstar

--  Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)
--  Datuk Nik Aziz Hidap Kanser Prostat (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: