ad ld

Friday, January 23, 2015

Video Zamani Slam Dipaksa Menyanyi Dengan Tangan Bergari Jadi Viral

Pengurus kepada Zamani (Slam) Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.


Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.

“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya. Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik. Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.

Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya pada Khamis memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu dalam keadaan bergari. "Polis akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya, mstar

-- Caliph Buskers Romancinta AJL 29 Terus Jadi Sebutan (Gambar)
-- Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Sharifah Aleya Bersalin Anak Lelaki 2.5kg (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments: