ad ld

Monday, January 12, 2015

Majlis Akikah Anak Che Ta Dan Zain Di Hotel Royale Bintang (Gambar)

Majlis akikah dan kesyukuran cahaya mata pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah berlangsung dengan meriahnya di Hotel Royale Bintang pada 7 Januari lepas.


Aaisyah Dhia Rana, 2 bulan telah diraikan atas pentas yang dihias indah dengan rona merah jambu dan emas. Zain melahirkan keterujaannya bergelar bapa dan bersyukur di atas kurniaan-NYa itu.




"Sebagai bapa, kehadirannya memang sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur kepada Tuhan," katanya. Majlis itu diraikan tetamu termasuk rakan artis seperti Ziana Zain, Dafi, Sasha Saidin dan ramai lagi. Untuk rekod, Che ta telah selamat melahirkan Aaisyah pada 1 November lalu kira-kira jam 2.18 petang secara normal.

--  Sharifah Aleya Bersalin Anak Lelaki 2.5kg (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)


No comments: