ad ld

Thursday, January 29, 2015

Budak 5 Tahun Mati Jatuh Dari Tingkat 6 Flat PPR Kota Damansara (Gambar)

Seorang budak lelaki berusia lima tahun mati selepas terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Seksyen 8, Kota Damansara  ketika sedang bermain 'kejar-kejar' dengan abangnya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata kanak-kanak itu sedang bermain di koridor luar flat kediamannya apabila dia terjatuh melalui jurang di antara pagar besi sekitar pukul 3.18 petang Rabu.

Kanak-kanak itu digegaskan ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans di mana dia telah diisytiharkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Ibu kanak-kanak itu berkata dia sedang menyediakan makan tengah hari untuk keluarga manakala dua orang anaknya sedang bermain di luar unit flat kediaman mereka di tingkat enam.

"Anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun meluru masuk ke dalam rumah dan memberitahu saya bahawa adiknya telah jatuh melalui jurang pagar besi. "Saya lemah longlai selepas melihat anak saya yang sudah tidak bermaya terbaring di atas lantai," katanya sambil menangis. Suri rumah itu berkata kanak-kanak itu akan dikebumikan di Seksyen 9, Kota Damansara. Dia merupakan anak bongsu dalam lima orang adik-beradik.

Sementara itu, pengawal keselamatan Zarina Johan, 52, mengimbas kembali saat-saat ketika dia mendengar bunyi dentuman yang kuat datang dari tingkat atas semasa dia sedang berdiri tingkat bawah blok PPR itu.

"Saya fikir seseorang telah membuang longgokan sampah besar dari tingkat atas. "Saya begitu terkejut apabila melihat tubuh seorang kanak-kanak lelaki terbaring di tempat di mana bunyi itu datang," katanya. Zarina memaklumkan kepada ibu kanak-kanak itu sebaik sahaja mengenal pasti identitinya. "Kecacatan struktur ini perlu dibetulkan dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang," katanya. mstar

--  Nursuhaila Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 7 Hari
--  

No comments: