ad ld

Friday, January 16, 2015

Kemalangan Bas Terbakar Di Tapah 8 Rentung 21 Cedera (Gambar)

Lapan penumpang rentung, manakala 21 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis.


Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera termasuk lebih 10 cedera parah.

Beliau berkata, mayat mangsa termasuk pemandunya dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah, Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital and beberapa pusat perubatan swasta di Ipoh. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya.

Ketika kejadian, bas persiaran milik LBS Travel and Tours itu membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Genting Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu. mstar

--  Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
--  Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)

No comments: