Lapan penumpang rentung, manakala 21 lagi cedera apabila bas persiaran
yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3
Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi
Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata,
nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera
termasuk lebih 10 cedera parah.