Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam
denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat
bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali
lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri
Damansara, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi. Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin. Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam
Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan
keadaan kesihatan Syamsul. Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa
selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat
perubatan tersebut.
Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di
Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman
Melawati. Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara. mstar
-- Dua Orang Menyamar Naik Pesawat MH370 Guna Pasport Orang Lain
-- Malam Berinai Puteri Sarah Buat Solat Hajat Untuk Syamsul Yusof (Gambar)
-- Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
-- Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment