Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A. Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan
Akaun.
Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata,
dia tidak sangka memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan
doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang
cemerlang.
