Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam
syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam
mendapati tiada residu antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman
Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10
Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran
syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati
tiada residu antibiotik berkenaan.
"Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap produk ini
dan produk-produk lain dengan menjalankan pensampelan berterusan di
kilang dan di pasaran. "Keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini.
Pada 1 November lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
mengeluarkan larangan import produk ayam Ayamas berkuat kuasa
serta-merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol. Lokman berkata, Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan di
kilang Ayamas Corporation Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang, Selangor yang
mengedar semua produk Ayamas di seluruh negara dan juga pasaran
antarabangsa.
Menurut beliau, kilang itu juga mendapat pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan bagi beberapa produk. "Sehingga hari ini (semalam), Kementerian Kesihatan telah mengambil
sebanyak 18 sampel yang merangkumi pelbagai jenis produk berasaskan
daging ayam dari kilang pemprosesan bagi tujuan analisis residu
antibiotik Chloramphenicol," katanya.
Chloramphenicol bersifat genotoksis dan boleh menyebabkan kanser.
Pendedahan kepada residu Cchloramphenicol melalui makanan yang tercemar
juga berpotensi menyebabkan rintangan kepada mikro organisma
(antimicrobial resistence). kosmo
-- Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah
-- Haji Ismail Group Langkawi Jom Shopping Coklat
No comments:
Post a Comment