Besar jasa dan pengorbanan pasukan beruniform dlm jalankan tugas seharian mereka spt Polis, Bomba, Tentera dan Jururawat kan. X kira apa jua situasi, mereka tetap jalankan tugas dgn penuh amanah. Kita patut bersyukur dan berterima kasih dgn adanya insan sebegitu.
Mmg terasa sayu dan simpati dgn kejadian 10 anggota bomba yg cedera ketika padamkan kebakaran kilang tayar di Pengkalan Chepa tu. Ada yg terbakar muka dan tangan, ada yg berlari sambil baju terbakar disambar api. Semoga mereka semua cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa. Amin.
- Operasi memadam kebakaran oleh sepasukan anggota bomba di sebuah
kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan
Chepa dekat sini bertukar malang apabila 10 orang daripada mereka
mengalami kecederaan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila
sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang
tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota
terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman
memberitahu, ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan
dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu
daripadanya meletup.
"Minyak silinder yang berada di dalam dua buah tangki tersebut bocor
dan tumpah sebelum mengenai api yang masih menyala menyebabkan kebakaran
menjadi marak sehingga api tersebut menyambar 10 anggota kita yang
sedang berusaha memadamkan kebakaran. "Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti
Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital
Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur
dengan agak serius," katanya ketika ditemui semalam. Katanya, kejadian itu berlaku ketika operasi memadam kebakaran tersebut hampir selesai.
Sebelum itu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira
pukul 8.11 pagi dan seramai 39 pegawai dan anggota bersama lima buah
jentera dari Balai Bomba Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Darulnaim dan
Tunjung telah dikejarkan ke tempat kejadian. Menurut Azmi, antara kecederaan yang dialami anggotanya ialah melecur pada muka, tangan, leher dan badan.
Pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah
Pegawai Kanan Bomba I (PBK I), Abdullah Din Mohamed; PBK II, Nazah Nafi;
Pegawai Bomba (PB), Wan Asri Wan Yaacob, PB Zulkifli Mahmad dan PB
Abdul Razak Abdullah.
Sementara itu, lima lagi yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat
di Unit Pesakit Luar ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan
Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusoff, PB Mohd. Zakee Daud, PB
Rohanizam Othman, PB Mohd. Fathir Mohd. Jusoh dan PB Mohd. Shaiful
Fitri.
Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Ong Cheok Hong, 38, berkata,
beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya kira-kira
pukul 8.10 pagi dan terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Jelasnya, gudang tersebut sebelum ini digunakan untuk aktiviti
mencelup tayar terpakai sebelum operasi kilang tersebut dipindahkan ke
Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu dan gudang tersebut kini hanya
dijadikan pusat servis tayar sahaja. "Ketika ini saya hanya mempunyai lima orang pekerja dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan," ujarnya. kosmo
-- Loji Pemprosesan Gas Petronas Terbakar, 1 Maut 9 Cedera
-- Suami Pramugari MAS Chin Swee Len Percaya Isterinya Mati Krn Sindrom JET LAG
2 comments:
SEmoga mereka cepat sembuh
Kniedaz: Amin..
Post a Comment