Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah
Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga
dibuat.
Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan
Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih
mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan
berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita
tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah. "Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah
ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam
majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre: "Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada
Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan
kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya
diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk
menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu
pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang
berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia
bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya
fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya
'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari. "Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba,
saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar
mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari
dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah,
Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh
di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre. Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang
menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat,
tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun
sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri
dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh
berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab
agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada
karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya
berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa
saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama
kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu
siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul
Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya
kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu
tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai
orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya
terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika
selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya
mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin
boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan
lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi
saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat
juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat
hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga
begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar
dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya
bertambah. kosmo
-- Gambar Siti Saerah Bersalin Anak Kedua
-- Skyline GTR Rempuh Pokok Di Jln Haji Ahmad 1 (Gambar)
3 comments:
alhamdulillahhhhh
sejuk rasa hati mendengarnyaaa ;)
alhamdulillahhhhh
sejuk rasa hati mendengarnyaaa ;)
Alhamdulillah...
Tak semua tabligh sesat hidupnya. Bergantung kpd diri sendiri juga kan
Post a Comment