Ammar tersingkir dalam cabaran yg ditentukan melalui undian token pemenang-pemenang Heinz dlm facebook. Peserta yg terlibat memakai apron hitam dlm sessi penyingkiran kali ini ialah Ah Hong, Along dan Etiqa. Ah Hong dan Along mendapat 44 token, Etiqa 32 token dan Ammar 30 token.
Situasi bertukar agak sentimental apabila keluarga semua peserta turut berada di luar dapur MasterChef. Para peserta diberi peluang bersama keluarga setelah beberapa minggu tidak bertemu.
Misi Ammar untuk tersenarai 5 terbaik gagal tapi masih berjaya muncul antara 10 terbaik peserta Masterchef Malaysia 2.
- Bangga menjadi anak jati Selangor dan bercita-cita untuk menjadi seorang
juruterbang. Muhammad Khairul Ammar bin Jasni berumur 22 tahun atau
lebih mesra dengan panggilan Ammar, ingin terbang lebih jauh dengan
bakat memasak yang dmilikinya.
Beliau yang sudah belajar memasak
sejak kecil lagi daripada ibunya, percaya salah satu cara yang terbaik
untuk memikat hati seseorang adalah dengan memikat seleranya terlebih
dahulu.
Antara hidangan yang selalu dimasak dan sentiasa
mendapat permintaan dari rakan-rakan dan keluarganya ialah, ‘Butter Milk
Chicken’.
Anak muda yang berstatus pelajar dalam bidang
penerbangan ini juga sangat aktif di dalam pelbagai sukan dan aktiviti
lasak seperti ‘bungy jumping’ dan ‘car drift’.
Memiliki
personaliti menarik dan mempunyai sifat mudah bergaul, Ammar yakin
dengan kelebihan yang dimilikinya bakal menempah kejayaan di dalam
Masterchef Malaysia Musim Kedua.
-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands
-- Langkawi Cable Car Best Moment
-- Azni Comel Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Dalam Cabaran Claypot
2 comments:
Suka tgok masterchef sbb suka tgok perkakas yg derang guna kikik
etiey: hehe.. stuju gak tu, byk perkakas yg cute miut tambah plak skill yg superb dorng tu buat best je tgk masterchef..
Post a Comment