Terkini kes pramugari MAS ditemui mati di Amsterdam. Semlm kuar versi utusan, ni versi kosmo plak.
Kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di Amsterdam, Belanda tiga hari lalu kekal misteri walaupun maklumat terbaru mengatakan kejadian mengejutkan itu tiada kaitan dengan jenayah. Perkembangan terbaru itu dikeluarkan oleh pihak polis Amsterdam berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mereka di lokasi kejadian di tingkat empat Hotel Raddison berhampiran Lapangan Terbang Sciphol Amsterdam.
