Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera
anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak
perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik
Kasuma, Semenyih, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu
ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu
kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu. Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang
dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun
lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,
Selasa. Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. mstar
Suka hati dia je kan buat budak camtu. Mungkin bila kena kat dia sendiri baru tau kot.
-- Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
-- Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
ad ld
Showing posts with label kes dera kanak kanak. Show all posts
Showing posts with label kes dera kanak kanak. Show all posts
Wednesday, January 8, 2014
Saturday, January 15, 2011
Bayi 18 Bln Patah Tulang Paha Dihempas Bapa Di Kg Datuk Ahmad Said Manjui Perak
Apa nak jd dgn nilai keibubapaan skang ni.. Hri tu ibu tiri yg jahat, semlm plak si ibu dera anak lelaki till patah tulang dkt mata, ni terbaru kes si bapa hempas bayi 18 bulan smp patah tulang paha. Agak2 lah oi klu nk tunjuk garang pun.. Cuba kau msk dlm kandang rimau kt Lost World Tambun tu, tgk hebat ke tidak.. Mangkuk btul..
IPOH, 14 Jan -- Seorang bapa ditahan dipercayai telah mencederakan anak lelakinya berusia 18 bulan di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjui di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada pukul 4 pagi semalam selepas menyerah diri di Balai Polis Jelapang. Mangsa didapati patah tulang peha kanan dikatakan telah dihempas oleh bapanya ke atas tilam di rumah mereka pada Jumaat lepas, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Friday, January 14, 2011
Budak 22 Bln Didera Ibu Hingga Patah Tulang Dkt Mata, Lebam Muka, Kepala
Agaknya nape si ibu tu kejam sgt? Mental ke apa kot.. Jiwa kacau, jahat gilerrr...
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Walaupun baru berusia setahun 10 bulan dan tidak mengerti apa-apa, seorang budak terpaksa menanggung derita akibat dipukul dengan kejam oleh ibunya sendiri. Malah suspek yang merupakan warga China tergamak mendera dan memukul anak lelakinya itu sehingga patah tulang dekat mata di sebelah kanan selain lebam di muka dan kepala.
Mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek kurang 48 jam di rumah mereka di Sungai Long, Kajang. Episod itu terbongkar apabila bapa mangsa membawa Yong Kar Sheng di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tidak sampai hati melihat kecederaan dialami anak bongsunya itu.

Wednesday, January 12, 2011
(Gambar) Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera
Salam.. Dh 2 hari hanya n3 auto publish, langsung x dan nk BW bloglist coz bz sesgt. Blk umah kul 5 bru bleh approve komen..huhu.. Harap maaf my friends.. Tq byk2 pd yg still sudi dtg blog ni walau tanpa kunjung balas 2-3 hari ni ye..Semlm tgk berita, cer budak 3 thn mati disyaki akibat dera. Bukan skit, 73 kesan cedera dikesan pd mayat anak kecil tu. Apa salah budak tu smp kejam sgt pdnya..
Johor Bahru: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)