ad ld

Tuesday, November 25, 2014

Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali

Azza Elite mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya berada di luar rahim.


Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja. Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," katanya.

Azza turut memberitahu dia pertama kali mengalami keguguran pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013. Azza berkata, dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia hamil buat kali ketiga pada Disember tahun sama namun mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya.

Jelas Azza, biarpun sedih namun dia optimis dia masih mampu hamil lagi selepas ini biarpun hanya terpaksa bergantung kepada satu tiub fallopio sahaja. Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," ujarnya.

Tambah penyanyi itu lagi, suaminya juga turut menjadi pendorong semangat kepadanya dan memastikan dia tidak melakukan kerja-kerja berat dan mendapat rehat yang cukup. Malah kata Azza, pelakon Rozita Che Wan dan Didie Alias banyak memberinya nasihat dalam mengharungi masa sukar tersebut selain memberikan tip untuk terus mencuba mendapatkan zuriat. mstar

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
--  Azrinaz Dapat Injunksi Mahkamah Henti Pengedaran Buku Pembunuhan Michael McGurk
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

No comments: