Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta
seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah
ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu.
Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.
"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita
semalam (Isnin) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahniah
PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu,
Selasa. 'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.
Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia
menetap di Subang Jaya dan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV). Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.
"Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat
kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang
saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin
sisi kereta saya," tulisnya.
Thean berkata, dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah
membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong,
apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan
menuju ke keretanya.
Sebanyak 15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang
lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke
kereta wanita itu sebelum merosakkan pengelap cermin dan meludah di
bahagian cermin hadapan kereta.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia berbuat demikian. Lelaki itu telah ditahan polis di kediamannya sekitar tengah malam pada hari yang sama. mstar
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Budak Mati Tersepit Kereta Mengundur Depan Rumah (Gambar)
-- Kiki CDM25 Didenda RM5000 Dan Kerja Kemasyarakatan 240 Jam (Gambar)
No comments:
Post a Comment