Walaupun agak terlewat, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya
mendedahkan bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei
merupakan atlet yang didapati gagal ujian dadah.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, BWF berkata Chong Wei
akan digantung sementara berikutan pelanggaran peraturan anti-doping.
Ini bermakna Chong Wei yang diuji positif deksametason bagi kedua-dua
sampel A dan B, tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan
sehingga pendengaran oleh BWF yang akan menentukan nasibnya diadakan.
Badan dunia itu juga mengesahkan bahawa perkara itu telah dirujuk kepada
panel perbicaraan doping BWF bagi menentukan masa, tarikh dan lokasi
untuk pendengaran. Selain itu di bawah peraturan anti-doping BWF dan berikutan
penggantungan tersebut, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut
dibenarkan untuk mendedahkan kepada umum bahawa pemain yang terbabit
adalah Chong Wei. mstar
-- Persandingan TMJ Dan Cik Khaleeda Bustaman Di Istana Besar Johor (Gambar)
-- Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment